Monday, July 7, 2008

Refleksi Harian











Hari ini merupakan hari pertama saya menjalani praktikum di SJK C Bukit Beruang. Berikut ini adalah perkara-perkara yang telah saya lalui pada hari ini :
1. Melapor diri pada 7.20 pagi di sekolah.
2. Berjumpa dengan guru besar dan menyerahkan surat pengenalan diri.
3. Menghadiri perhimpunan mingguan di dewan sekolah pada 7.45 pagi.
4. Berjumpa dengan guru besar dan GPK 1 untuk berbincang tentang penentuan jadual waktu.
5. Menerima jadual waktu pada 1.00 tengah hari.
6. Berbincang dengan guru-guru mata pelajaran untuk menentukan skop yang akan saya ajar selama 6 minggu menjalani praktikum di sekolah.
7. Mendapatkan rancangan tahunan dan buku-buku yang diperlukan daripada guru-guru mata pelajaran.
8. Pulang ke rumah pada pukul 3.00 petang.

2 comments:

mam said...

Tentunya, hari ini anda berpeluang untuk melihat peluang-peluang yang boleh anda lakukan sepanjang berpraktikum di sekolah tersebut. Harap gunakan kesempatan dan peluang ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari. Mungkin boleh kongsikan foto-foto yang berkaitan.

Selamat berpraktikum.

DYNGAU said...

Terima kasih atas nasihat dan saranan Tuan Haji,saya akan menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya.